Bahagian 1
"Hanzalah, mari kita solat berjemaah sama-sama." ujar Nusaibah yang sudah lengkap berpakaian solat.
"Eh, akak ni pehal pulak tetiba ajak saya solat berjemaah ni! Akak solat sorang jelah. Saya sibuk ni, kejar masa!" Hanzalah melontarkan alasan.
"Hanzalah tahu tak yang solat berjemaah tu pahala.. "
"Oke kak..saya tahu. Pahala orang yang solat berjemaah itu 27 kali ganda daripada solat seorang diri. Berapa kali akak nak cakap benda yang sama ni. Baik akak pi solat cepat. Tak baik melambatkan waktu solat." belum sempat Nusaibah menghabiskan ayatnya, Hanzalah memotong.
'Alhamdulillah, at least dia masih ingat kata-kata aku sebelum ni. Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya.' bisik hati Nusaibah. Sebagai seorang kakak, dia terlalu ingin mendidik adiknya menjadi muslim yang mukmin.
Dia ingin yang terbaik buat adiknya, namun hati adiknya terlalu keras. Terkadang dia merasa putus asa, namun dia percaya suatu hari nanti Allah pasti memakbulkan doanya.
Tubir mata Hanzalah berair tatkala mengenangkan Nusaibah. Terlalu banyak dosa pada kakaknya itu. Kata-kata nasihat yang keluar daripada bibir kakaknya bagaikan mencurah air di atas daun keladi, dipandang nasihat itu acuh tak acuh.
Sehinggalah suatu hari dia ditawarkan ke satu pusat pengajian awam. Di situlah segala-galanya bermula. Di situlah dia mula mengerti soal tarbiyyah dan memahami ajaran Islam.
"Hanzalah, enta menangis?" tegur Khalid yang menyedari perubahan air muka Hanzalah. Hanzalah cuba mengawal emosi. Dia tidak mahu sahabatnya tahu gelodak perasaan yang bersarang di hatinya.
"Eh, tak lah. Mata ana ni dari tadi lagi berair. Masuk habuk barangkali. Pedih juga." Hanzalah berseloroh untuk menutupi perasaan hatinya. Ya, perasaan tu amat pedih!
"Aii, pakai cermin mata pun masuk habuk juga ke? hehe." Khalid cuba berjenaka. Sengaja untuk menghiburkan hati sahabatnya. Bukan dia tidak tahu bahawa Hanzalah sedang bersedih. Garis-garis kesedihan dapat dikesan oleh Khalid. Hanzalah hanya tersenyum.
"Ye la Muhammad Khalid. Ingat orang pakai cermin mata habuk tak masuk ke?" Hanzalah membalas. Sekadar untuk menutup perasaannya.
"Iyelah, kan ada dua protection kat depan mata tu. Jadi kemungkinan habuk tu nak masuk susah la kan?" Khalid masih tak mahu mengalah. Entah, dia rasakan tiada modal lain untuk mengalih perhatian sahabat karibnya itu untuk melupakan sebentar masalah yang ada.
"Ni mesti teori enta cipta sendiri nie. Eh, dah lewat petang ni, jomlah pulang."
"A'ah. Dah petang rupanya. Tak habis lagi ni hirup pemandangan damai kat sini. Nanti enta bawak la lagi ana ke sini ye." ujar Khalid sambil tersengih-sengih.
~~~~
"Hanzalah nak dengar tak satu kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah dahulu? Di zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang namanya Abu Hanzalah. Beliau juga merupakan jurutulis Rasulullah s.a.w. Semasa peperangan Uhud berlaku, beliau telah dikecualikan oleh Rasulullah s.a.w untuk turun bersama ke medan perang kerana beliau baru saja menikah." Nusaibah mengambil nafas dan meneruskan ceritanya.
"..Namun sewaktu Hanzalah terjaga dari tidurnya,beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Beliau mendapat berita melalui seorang sahabat bahawa tentera islam mendapat tentangan yang sangat hebat dan keadaan menjadi terlalu genting. Tanpa membuang masa, Hanzalah memakai pakaian perang lalu mengambil pedangnya. Dia menuju ke medan perang tanpa sempat pun mandi junub." Nusaibah terbatuk-batuk. Batuknya menghalang dirinya untuk meneruskan cerita tersebut.
Hanzalah dari tadi diam mendengar cerita yang disampaikan oleh kakaknya. Kemudian dia berkata," Macam menarik juga cerita ni. Tapi kak, nama saya sama dengan orang yang dalam cerita tu. Ish, kalau saya, saya tak sanggup kot nak pergi sebab baru je menikah dah nak berperang. Peliklah Hanzalah dalam cerita ni." ujar Hanzalah. Dia akui dia tertarik dengan cerita kakaknya kerana namanya sama dengan pemuda tersebut.
"Akak belum habis cerita lagi. Abu Hanzalah tak pelik, tapi beliau memahami erti perjuangan yang sebenar. Beliau mencintai Allah melebihi segalanya dan syahid cita-citanya."ujar Nusaibah dengan nada yang agak perlahan.
"Erm, tak habis lagi ke kak? Err..xpela kak. Akak sambung lain kali je la. Saya nak keluar dengan kawan ni." Hanzalah membelek-belek jam di tangannya. Sekali lagi Nusaibah tersenyum. Baginya jika adiknya mahu mendengar itu sudah cukup. Seutas doa dibisikkan ke dalam hati buat adiknya.
No comments:
Post a Comment